Kad Perubatan (Medical Card) Medica 2015 oleh MAA Takaful

Surplus 2013 – MAA Takaful

surplus

MAA Takaful Berhad sekali lagi telah mengisytiharkan lebihan perkongsian keuntungan dari akaun risiko peserta. Kali ini sejumlah RM6.44 juta lebihan diisytiharkan untuk tahun 2013. Setiap peserta pelan Takafulink akan menikmati lebihan ini dimana sejumlah unit akan diperuntukkan ke dalam setiap akaun pelaburan peserta.

Kad Perubatan Takaful Tanpa Had (Takaful Medical Card Unlimited)

20130820_133646

Ramai bertanya kepada saya apa lebihnya kad perubatan dari MAA Takaful ini. Walaupun segala kelebihan dan penerangan telah saya nyatakan di dalam artikel khas kad perubatan di sini, namun soalan tentang kelebihan masih ditanya.

Untuk tidak menghampakan, di bawah adalah ringkasan kelebihan kad perubatan dari MAA Takaful ini:

  • Tidak mempunya had seumur hidup (Life time Unlimited)
  • Satu-satunya kad perubatan yang memberikan khairat kematian sebanyak RM5,000.00.
  • Memberi perlindungan sehingga umur 80 tahun.
  • Boleh diambil sebagai kad perubatan sahaja (standalone) atau diambil sekali dengan mana-mana pelan takafulink (rider)
  • Boleh diambil oleh individu atau syarikat.
  • Caruman yang rendah.
  • Tempoh menunggu untuk menggunakan kad ini bagi kes denggi hanya 21 hari (syarikat lain 30 hari).
  • Mempunyai 99 buah panel hospital seluruh Malaysia.

Jika perlukan penerangan lanjut tentang kad perubatan tanpa had ini (medical card unlimited), boleh hubungi saya di talian 019-3781629 (Call /SMS / Whatsapp / Viber / Telegram) atau emel ahmadazizi.zulkefli@gmail.com.

 

MAA Takaful Isytihar Lebihan Keuntungan RM6.9 Juta

surplus

MAA Takaful Berhad  telah mengisytiharkan lebihan perkongsian keuntungan dari akaun risiko peserta. Kali ini sejumlah RM6.90 juta lebihan diisytiharkan untuk tahun 2012. Setiap peserta pelan Takafulink akan menikmati lebihan ini dimana sejumlah unit akan diperuntukkan ke dalam setiap akaun pelaburan peserta.

Lagi Contoh Bil Hospital Tanpa Ko-Takaful

Di atas adalah contoh bil hospital klien saya yang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Senawang. Klien saya ini mengambil kad perubatan Smart Medic Pelan 2 yang diambil bersama pelan Takafulink yang baru disertai 5 bulan. Saya dimaklumkan beliau dapat menginap di bilik ‘single bed’ dengan bayaran RM160 sehari (Smart Medic Pelan 2 layak bilik RM200 sehari).

Jumlah bil ialah RM5970.50. Jumlah yang perlu dibayar oleh klien saya hanya RM2.00, iaitu kos cetak untuk laporan discaj. Selebihnya RM5968.50 ditanggung sepenuhnya oleh MAA Takaful. Menarik bukan, masuk hospital dengan semua bil ditanggung. Anak klien saya ini juga telah dimasukkan ke wad yang sama, cuma anaknya mengambil pelan kad perubatan lain yang mempunyai ko-takaful. Jadi semasa discaj, beliau terpaksa membayar dalam RM300 untuk kos ko-takaful bagi bil anaknya.

MAA Takafulink – Produk Terbaik KLIFF 2012

MAA Takaful sekali lagi memenangi anugerah produk terbaik sempena Anugerah Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2012 untuk tahun keempat berturut-turut. Kemenangan untuk tahun keempat ini membuktikan bahawa produk MAA Takafulink adalah produk takaful berasaskan pelaburan terbaik mengatasi pesaing-pesaing lain yang menawarkan produk yang sama. Kepada klien-klien saya, anda telah memilih produk terbaik!

Contoh Cek Tuntutan Kematian MAA Takaful

Di atas adalah contoh cek tuntutan kematian klien salah seorang rakan ejen MAA Takaful. Arwah meninggal pada 31 Mei 2012 dan cek siap dikeluarkan pada 26 Jun 2012. Saya difahamkan arwah baru menyertai pelan MAA Takaful selama 8 bulan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Testimoni

Prestasi Dana MAA Takaful

MAA Takaful Isytihar Lebihan Perkongsian (Surplus Sharing) RM4.97 Juta