Ulasan Ringkas – Buku Rancang Wang Dari Sekarang oleh Pakdi

Kepada Tuan Pakdi, saya telah pun berjaya mendapatkan buku tuan dari MPH 1Utama. Agak lama juga masa yang saya perlukan untuk menghabiskan buku setebal 159 muka surat ini. Masa yang lama bukan disebabkan buku tu tebal, tetapi saya bacanya dari bab ke bab. Habis baca satu bab, saya tutup buku ini untuk beberapa hari dan kemudian saya buka balik untuk membaca bab yang seterusnya.

Apa yang saya boleh katakan ialah buku ini disusun dengan baik sekali dari segi asas perancangan kewangan. Ianya mudah difahami dan dapat dijadikan sebagai rujukan asas perancangan kewangan terutama kepada mereka yang baru memulakan kerjaya. Buku ini dimulakan dengan perbincangan mengenai harta dan Islam sehinggalah ke bab pelaburan saham dan hartanah. Antara lain, buku ini juga menyentuh kepada keperluan mendapatkan perlindungan takaful, perancangan perbelanjaan dan juga perbincangan mengenai hutang. Continue reading “Ulasan Ringkas – Buku Rancang Wang Dari Sekarang oleh Pakdi”

Rancang Kewangan Dari Sekarang

Saya selalu mendapat rungutan dari kawan-kawan dan juga bakal-bakal klien saya yang mereka tidak cukup duit. Ini terutama apabila saya meminta bayaran pendahuluan dua bulan untuk permohonan takaful. Pada hal gaji baru sahaja masuk beberapa hari yang lepas. Takkan dan takda duit? Nak minta seratus ringgit pun dah takda, jadinya terpaksa tangguh sampai gaji bulan depan. Kalau bulan depan sama juga, macam mana? Kalau tak sempat nak ambil takaful, tiba-tiba ditimpa musibah, tak sia-sia?

Ini senario yang biasa berlaku di dalam masyarakat kita. Pendapatan yang diterima tidak diuruskan dengan betul dan akhirnya bila kita benar-benar memerlukannya, ianya tiada. Dan pada masa inilah kita nak mengorek tabung simpanan, guna kad kredit tanpa kawalan atau membuat pinjaman yang tidak sepatutnya. Continue reading “Rancang Kewangan Dari Sekarang”

Hieraki Pengurusan Kewangan

Di atas adalah contoh bagaimana kita menetapkan prioriti dalam pengurusan kewangan. Tiada sebarang paksaan untuk mengikut bulat-bulat apa yang ditunjukkan di atas kerana ia hanyalah sekadar panduan untuk kita lebih bijak dalam menguruskan kewangan kita.

Mungkin ada yang bertanya kenapa perlindungan berada di peringkat yang pertama dan bukannya simpanan di tempat yang pertama. Bukankah kita diajar untuk membuat simpanan atau menabung sejak dari kecil untuk kebaikan masa depan? Jawapan bagi persoalan-persoalan ini adalah Betul dan juga salah. Continue reading “Hieraki Pengurusan Kewangan”

Buku ‘Rancang Wang Dari Sekarang’ Oleh Pakdi

Simpanan Pendidikan Anak – Satu Perancangan

Sebagai seorang ibu atau bapa, pastinya kita menginginkan yang terbaik untuk mereka terutama dari segi pendidikan. Pendidikan adalah penentu kepada masa depan anak-anak bagi mendapat kehidupan yang baik dan sempurna.

Namun begitu, berapa ramaikah antara kita yang memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk tabungan pendidikan anak. Atau kita masih memiliki pemikiran mengharapkan belas ehsan kerajaan menerusi biasiswa atau pinjaman pendidikan. Harus diingat pada masa yang akan datang kerajaan tidak akan lagi dapat menampung permintaan untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman disebabkan kekurangan dana. Jadi pada masa hadapan, hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang akan dapat menikmati kemudahan biasiswa atau pinjaman ini. Continue reading “Simpanan Pendidikan Anak – Satu Perancangan”

Perancangan Kewangan – Pemberian dan Perlindungan

Untuk melanjutkan perkongsian saya berkenaan perancangan kewangan, saya akan memfokuskan kepada pemberian dan pelindungan di dalam belanjawan kewangan kita. Dua elemen ini biasanya kurang diambil berat oleh masyarakat kita terutama dalam aspek perlindungan kewangan.

Pemberian merupakan satu bentuk penyerahan sesuatu amaun kewangan kepada seseorang bagi tujuan derma atau bantuan kewangan. Bagi kita yang masih mempunyai ibu-bapa, pemberian bulanan kepada mereka juga boleh dimasukkan di dalam kategori ini. Namun begitu, masih ramai antara kita yang lupa untuk memperuntukkan sebahagian dari pendapatan untuk tujuan pemberian kepada ibu-bapa walaupun mempunyai gaji yang besar dan mampu berbuat demikian. Continue reading “Perancangan Kewangan – Pemberian dan Perlindungan”

Perancangan Kewangan – Pertimbangan Perbelanjaan (Keperluan & Kehendak)

Seperti yg saya janjikan sebelum ini, saya akan berkongsi tentang perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan di dalam perbelanjaan harian kita.

Sebagaimana yang kita maklum, perbelanjaan merupakan salah satu cara bagi seseorang untuk mendapatkan keperluan dan kehendak sesuatu perkara. Perbelanjaan yang dikeluarkan sudah pasti datang dari hasil pendapatan sama ada dari gaji bulanan, upah, komisyen dan sebagainya.

Namun begitu, perbelanjaan perlulah dikawal bagi memastikan aliran tunai kewangan kita berada di dalam keadaan positif dan tidak mengalami defisit. Jadi, untuk mendapatkan aliran tunai kewangan yang positif, perbelanjaan harian perlu dikawal dan satu perancangan perbelanjaan perlu dibuat bagi mencapai tujuan ini. Continue reading “Perancangan Kewangan – Pertimbangan Perbelanjaan (Keperluan & Kehendak)”

Perancangan Kewangan – Aliran Tunai

Jika kita membuat carian di Google tentang perancangan kewangan, terdapat pelbagai teori atau cara untuk menguruskan kewangan. Namun begitu, setiap teori atau cara tersebut tidak semestinya dapat diikuti seratus peratus kerana ia perlu disesuaikan dengan gaya perbelanjaan seseorang.

Untuk memulakan perancangan kewangan, seseorang perlu kembali kepada asas iaitu memeriksa aliran tunai. Aliran tunai bermaksud pergerakan kewangan dari segi kemasukan dan keluar wang bagi menentukan terdapat lebihan atau kekurangan sesuatu perbelanjaan pada tempoh tertentu. Bagi yang mengendalikan perniagaan, memeriksa aliran tunai perniagaan adalah wajib bagi menentukan sama ada sesuatu perniagaan tersebut mendapat keuntungan atau mengalami kerugian. Continue reading “Perancangan Kewangan – Aliran Tunai”

Perancangan Kewangan

Mulai dari hari ini, saya akan mula memasukkan topik-topik berkaitan pengurusan kewangan dan juga keusahawanan di dalam blog ini. Malah saya juga telah menukar tema blog ini dari ‘Teknologi dan Inovasi’ kepada ‘Inovatif, Kreatif dan Kritis’ untuk meluaskan lagi skop kandungan blog ini.

Untuk permulaan, saya ingin berkongsi dengan anda tentang perancangan kewangan. Perancangan kewangan adalah satu aspek penting dalam kehidupan. Dengan perancangan kewangan yang betul, kita akan dapat menguruskan kehidupan dengan lebih baik, teratur dan tenang. Continue reading “Perancangan Kewangan”