Lagi Contoh Bil Hospital Tanpa Ko-Takaful

Di atas adalah contoh bil hospital klien saya yang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Senawang. Klien saya ini mengambil kad perubatan Smart Medic Pelan 2 yang diambil bersama pelan Takafulink yang baru disertai 5 bulan. Saya dimaklumkan beliau dapat menginap di bilik ‘single bed’ dengan bayaran RM160 sehari (Smart Medic Pelan 2 layak bilik RM200 sehari).

Jumlah bil ialah RM5970.50. Jumlah yang perlu dibayar oleh klien saya hanya RM2.00, iaitu kos cetak untuk laporan discaj. Selebihnya RM5968.50 ditanggung sepenuhnya oleh MAA Takaful. Menarik bukan, masuk hospital dengan semua bil ditanggung. Anak klien saya ini juga telah dimasukkan ke wad yang sama, cuma anaknya mengambil pelan kad perubatan lain yang mempunyai ko-takaful. Jadi semasa discaj, beliau terpaksa membayar dalam RM300 untuk kos ko-takaful bagi bil anaknya.