Senarai Lengkap 46 Jenis Penyakit Kritikal

MAA Takaful adalah pengendali takaful pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan terhadap 46 jenis penyakit krtitkal. Berikut adalah senarai lengkap penyakit-penyakit tersebut:

1. PENYAKIT ALZHEIMER /GANGGUAN OTAK DEGENERATIF JENIS ORGANIK YANG TIDAK DAPAT DIPULIHKAN

Kemerosotan atau kehilangan upaya intelektual atau kelakuan tidak normal, seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik atau ujian-ujian standard yang diterima, yang timbul daripada Penyakit Alzheimer atau gangguan-gangguan otak degeneratif jenis organik yang tidak boleh dipulihkan, tidak termasuk neurosis, penyakit psikiatrik, dan sebarang gangguan organik berkaitan dadah atau alkohol, mengakibatkan kemerosotan besar fungsi mental dan sosial sehingga memerlukan penyeliaan Orang Yang Dilindungi secara berterusan. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar perunding berkaitan.

2. ANEMIA APLASTIK

Kegagalan sumsum tulang kronik secara berterusan yang mengakibatkan aplasia mutlak sumsum tulang dan memerlukan sekurang-kurangnya satu daripada rawatan berikut:

a) Pemindahan produk darah secara kerap;

b) Agen perangsang sumsum;

c) Agen imunosupresif;

d) Pemindahan sumsum tulang.

Continue reading “Senarai Lengkap 46 Jenis Penyakit Kritikal”

Kenapa Anda Perlu Mengambil Polisi Dengan MAA Takaful?

SYARIKAT TERBAIK

MAA Takaful adalah gabungan kerjasama di antara MAA Group Berhad, sebuah syarikat induk milik rakyat Malaysia dan Solidarity Group Bahrian, sebuah syarikat takaful terkemuka di Bahrain. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kepakaran di dalam bidang perlindungan insurans dan takaful.

Ketika ini, MAA Group Berhad hanya mengendalikan operasi takaful sepenuhnya menerusi syarikat MAA Takaful Berhad selepas menjual kepentingannya di dalam MAA Assurance kepada Zurich Financial Services pada 2011. Jadi, tiada lagi isu MAA Takaful mempunyai kaitan dengan syarikat insurans konvensional dan ketika ini MAA Takaful telah memindahkan operasi dari Menara MAA ke pejabat Baru di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Continue reading “Kenapa Anda Perlu Mengambil Polisi Dengan MAA Takaful?”

Contoh Bil Hospital

Di atas adalah contoh bil hospital yang ditanggung sepenuhnya oleh MAA Takaful menerusi kad perubatan MAA Takaful Smart Medic 100. Pesakit di atas adalah klien saya yang mengalami putus ligamen kaki semasa bermain bola sepak. Kos keseluruhan bil yang ditanggung oleh MAA Takaful ialah RM26453.98 dan RM362.17 perlu dibayar oleh klien saya kerana telah mengambil tilam tambahan semasa di dalam wad.

Berdasarkan bil di atas, tiada sebarang ko-takaful / co-payment dikenakan dan bil klien saya ditanggung 100%.

Nota 1 : Kalau ada ambil-ambil alat/servis tambahan, memang pesakit kena bayar sendiri

Nota 2: Metronic iCare Sdn Bhd adalah syarikat yang dilantik MAA Takaful untuk menguruskan urusan kemasukan dan keluar wad.