E-book – Panduan Asas Takaful

Ketika ini saya dalam rangka terakhir menyiapkan e-book pertama saya berjudul Panduan Asas Takaful. Saya jangkakan buku ini boleh mula dilanggan selewat-lewatnya hujung bulan ini. Soal harga saya masih memikirkan sama ada memberikan e-book ini secara percuma atau saya akan kenakan harga minima memandangkan kandungan e-book ini cukup bernilai dan berguna di dalam pemilihan produk-produk takaful yang sesuai.

Antara yang akan disentuh di dalam e-book ini ialah asas kepada sistem takaful, tujuan sistem takaful di adakan dan penerangan mengenai produk-produk takaful yang berada di pasaran. Saya akan membuat pengumuman rasmi di laman ini dan juga laman sosial Facebook dan Twitter apabila e-book ini dilancarkan untuk langganan nanti.

Nantikan kemunculan e-book ini!

UPDATE: Saya menjangkakan akan berlaku kelewatan untuk saya lancarkan e-book ini memandangkan saya agak sibuk kebelakangan ini. Saya akan cuba menyiapkan e-book ini secepat mungkin dan akan cuba melancarkannya dalam bulan Mac ini. Harap maaf atas kelewatan.

Perbandingan Dana Pelaburan Takaful – MAA Takaful No. 1!

Jadual di atas menunjukkan perbandingan prestasi dana pelaburan takaful bagi syarikat-syarikat takaful yang mempunyai produk berasaskan pelaburan atau Takafulink. Jadual di atas menceritakan segala-galanya. Tahniah kepada pelanggan-pelanggan yang memilih MAA Takaful.

Isu Ko-Takaful Kad Perubatan SmartMedic 100

Penyata Takaful 2010

MAA Takaful telah pun mula mengedarkan penyata takaful bagi tahun 2010. Penyata ini mengandungi senarai manfaat terkini dan nilai pelaburan yang terdapat di dalam akaun pelaburan peserta.

Memandangkan prestasi pelaburan dana-dana syariah MAA Takaful pada tahun lepas adalah baik, ke semua peserta MAA Takaful mendapat pulangan yang baik menerusi akaun pelaburan mereka. Namun begitu, ini bergantung kepada jumlah perlindungan yang diambil. Kalau nilai perlindungan yang diambil tinggi, sudah tentu pulangan pun agak kurang kerana perlu ditolak dengan caj takaful terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya, ke semua pelanggan saya menikmati pulangan yang baik dan akan mendapat pulangan yang tinggi untuk tempoh jangka masa panjang.

Kepada pelanggan-pelanggan saya yang masih belum terima penyata anda, sila hubungi saya.