Risalah Penerangan Takafulink Wanita & Takafulink Hajj


MAA Takaful telahpun mengeluarkan risalah penerangan bagi produk MAA Takafulink Wanita dan Takafulink Haji. Anda boleh memuat turun risalah-risalah ini menerusi link di bawah:

MAA Takafulink Wanita

MAA Takafulink Hajj

Teralogies – Harta Pusaka & Takaful

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, saya telah berjaya menyiapkan proses kemaskini laman Teralogies ini. Antara perubahan ketara pada laman ini ialah tema dan susun atur laman web. Saya juga telah menukar ‘tag line’ laman ini kepada ‘Teralogies – Harta Pusaka & Takaful’. Ini bertujuan bagi memfokuskan laman ini kepada hal ehwal berkaitan harta pusaka dan takaful sahaja.

Akan datang saya akan mula menerbitkan artikel-artikel berkaitan harta pusaka bagi berkongsi tentang kepentingan pengurusan harta pusaka. Saya juga akan menawarkan khidmat pengurusan harta pusaka melalui syarikat Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd yang akan saya umumkan secara rasmi dalam tempoh terdekat. Dengan penawaran perkhidmatan berkaitan harta pusaka ini, saya berharap laman Teralogies ini akan menjadi pusat sehenti bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan harta pusaka dan takaful.

Kepada yang sebelum ini melawat laman ini bagi mendapatkan artikel-artikel berkaitan harta intelek dan teknologi, mulai Januari 2011, ke semua artikel-artikel ini akan dipindahkan ke laman web yang baru iaitu www.zeralogies.com. Laman Zeralogies ini sudahpun boleh diakses ketika ini tetapi masih diperingkat pembangunan. Tujuan saya memindahkan artikel-artikel ini bagi membolehkan laman Teralogies fokus kepada hal-ehwal berkaitan harta pusaka dan takaful dan laman Zeralogies fokus kepada harta intelek dan teknologi.

Sebarang pendapat dan cadangan bagi menambah baik laman ini amatlah dialu-alukan.

Terima kasih kepada semua.

Kemaskini Blog

Maal Hijrah 1432 – Menuju Perubahan

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca Teralogies. Sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog ini gara-gara kesibukan kerja dan perancangan untuk tahun hadapan.

Tahun hadapan akan menyaksikan beberapa perubahan terhadap fokus dan kandungan blog ini. Insyaallah bermula esok dan seterusnya anda akan dapat melihat perubahan dan perubahan ini diharap dapat  memberi manfaat kepada semua pengunjung laman Teralogies.