Apa Keperluan Takaful Anda?

Kenapa kita menyertai takaful? Adakah kerana kita nak dapat elaun ribuan ringgit bila masuk hospital? Atau adakah untuk tujuan pelaburan?

Masih ramai di luar sana yang masih tidak jelas tentang keperluan takaful. Ramai yang menyertai takaful hanya sekadar cukup syarat atau dalam kata lain ‘asalkan ada cover’. Tetapi adakah apa yg diperoleh menerusi sesebuah pelan takaful memenuhi matlamat asal pemilikan sesuatu polisi takaful.

Sesebuah pelan takaful berdiri di atas pelan asas iaitu manfaat kematian atau hilang upaya kekal. Sudah menjadi kelaziman setiap pelan asas didatangkan bersama dengan manfaat tambahan atau rider bagi member lebih pilihan manfaat kepada peserta. Namun begitu, setiap manfaat tambahan tidak diberikan secara percuma kerana ianya tertakluk kepada caj-caj yang tertentu. Di dalam sistem takaful, caj-caj ini dikenali sebagai caj-caj tabarru’. Continue reading “Apa Keperluan Takaful Anda?”

Polisi MAA Takaful

Hibah dan Wasi Dalam Pewarisan Wang Pampasan Takaful dan Insurans

Pernahkan anda menyemak semasa anda meletakkan penama dalam borang penama takaful atau insurans sama ada ianya berada di dalam instrumen wasi atau hibah. Kedua-dua instrumen ini mempunyai kaedah pembahagian yang berbeza dan jika tidak berhati-hati, penama boleh menanggung dosa akibat tidak mengetahui cara sepatutnya wang pampasan takaful itu dibahagikan.

Majoriti pengendali insurans dan takaful di Malaysia menggunakan kaedah penama sebagai pemegang amanah atau wasi terhadap wang pampasan insurans atau takaful yang diterima. Sebagai pemegang amanah, seseorang itu tidak berhak secara sepenuhnya terhadap wang tersebut dan wang tersebut akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka yang akan  dibahagikan secara kaedah faraid. Continue reading “Hibah dan Wasi Dalam Pewarisan Wang Pampasan Takaful dan Insurans”

MAA Takafulink Wanita

MAA Takafulink Haji Dengan Khairat Kematian, Badal Haji, Waqaf & Korban

PENGENALAN

Rukun Islam yang kelima mewajibkan umat Islam yang untuk menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan. Namun begitu, sudahkah kita bersedia dengan simpanan wang untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan kita ke sana? Dengan MAA Takafulink Simpanan Haji, semua umat Islam akan berpeluang membuat simpanan di samping mendapat perlindungan risiko kematian dan juga hilang upaya kekal. MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan khairat kematian, peluang untuk mengerjakan waqaf dan korban dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji.

Urusan badal haji, waqaf dan korban akan diselia oleh Amanah Raya Legacy Services. Badal haji akan dilaksanakan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, waqaf oleh Yayasan Waqaf Malaysia dan Korban oleh Muslim Aid Malaysia menerusi program Qurban for Life.

     

Continue reading “MAA Takafulink Haji Dengan Khairat Kematian, Badal Haji, Waqaf & Korban”

Tabung Persaraan Pengarah/Pemilik Syarikat dengan Khairat Kematian RM1 Juta

TABUNG PERSARAAN PENGARAH/PEMILIK SYARIKAT ( MAA TAKAFULINK DIRECTOR PROVIDENT FUND)


PENGENALAN

MAA Takafulink Director Provident Fund (DPF) atau Tabung Persaraan Pengarah atau Pemilik Syarikat merupakan satu pelan simpanan dan pelaburan komprehensif bagi tujuan persaraan seseorang pengarah atau pemilik syarikat. Dengan kadar keuntungan yang tinggi, penyimpan juga akan mendapat perlindngan khairat kematian dan tabung hilang upaya kekal sehingga RM 1 juta yang boleh diwaris atau dihibah kepada waris terdekat atau mereka yang berkepentingan di dalam syarikat. Continue reading “Tabung Persaraan Pengarah/Pemilik Syarikat dengan Khairat Kematian RM1 Juta”