Kad Perubatan (MEDICA 2015 Medical Card) MAA Takaful

HEADER

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nama saya Azizi Zulkefli, Perunding Takaful. Izinkan saya berkongsi dengan anda satu pelan kad perubatan mampu milik yang memberikan manfaat perlindungan TANPA HAD sepanjang hayat. Selain mampu milik, kad ini juga memberikan diskaun sebanyak 20% terhadap caruman semasa jika tiada sebarang tuntutan dibuat. Bukankah ini satu penjimatan? Maklumat lanjut terdapat dalam penerangan di bawah. Jika ada pertanyaan, boleh hubungi saya menerusi talian yang dipaparkan di atas.


Medica 2015

PENGENALAN

MEDICA 2015 merupakan pelan kad perubatan yang memberikan ketenangan kepada anda dan keluarga dengan memberikan perlindungan pembedahan dan manfaat hospital yang komprehensif apabila anda memerlukannya. Dengan kos perubatan yang meningkat saban hari, kad perubatan ini merupakan penyelesaian kepada masalah ini dan anda tidak lagi perlu meminta-minta untuk sumber kewangan bagi membiayai bil-bil perubatan anda.

TIADA KO-TAKAFUL, BIL HOSPITAL DITANGGUNG SEPENUHNYA

Kad perubatan MEDICA 2015 tidak mempunyai ko-takaful 10% . Ko-takaful bermaksud peserta takaful harus membayar 10% dari jumlah bil perubatan yang dikenakan. Sesetengah pengedali takaful di Malaysia mengenakan Ko-takaful ini pada kad perubatan mereka. Namun dengan MEDICA 2015, tiada ko-takaful dikenakan dan bil perubatan anda akan ditanggung sepenuhnya.

DISKAUN TANPA TUNTUTAN (NCD) SEBANYAK 20%

Jika tiada sebarang tuntutan dibuat selepas genap setahun, tahun berikutnya anda akan menikmati diskaun tanpa tuntutan sebanyak 20% terhadap caruman anda.

KAD PERUBATAN TUNGGAL (STAND ALONE) 

Kad Perubatan MEDICA 2015 mempunyai pilihan untuk diambil tanpa perlu digabungkan dengan mana-mana pelan takaful hayat. Ini bermakna anda boleh mempunyai kad perubatan sahaja tanpa perlu memiliki pelan takaful lain.

PEMBAHARUAN DIJAMIN

Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun.

KAD PERUBATAN YANG MURAH DAN MAMPU DIMILIKI

Dengan serendah RM50 sebulan, anda mampu memiliki kad perubatan dengan nilai had seumur hidup TANPA HAD.

MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN 

MEDICA 2015 menawarkan khairat kematian sebanyak RM5000 untuk apa jua sebab kematian.

KAEDAH BAYARAN FLEKSIBEL

Bayaran boleh dibuat secara bulanan, suku tahunan, setengah tahun dan tahunan dengan MEDICA 2015.

JADUAL MANFAAT

medica 2015

JADUAL CARUMAN

caruman-medica2015

 *Berdasarkan caruman tahunan. Hubungi saya untuk mendapatkan kadar caruman bulanan.

Contoh caruman bulanan satu keluarga:

Peserta Umur Pelan 150 Pelan 250
Suami 37 RM67.90 RM88.20
Isteri 28 RM69.20 RM90.30
Anak 1 5 RM105.20 RM137.80
Anak 2 3 RM105.10 RM137.80
  JUMLAH RM347.40 RM454.10

 

CONTOH CARUMAN SELEPAS MENDAPAT DISKAUN (NCD)

ncd

 Jadual di atas adalah rekod caruman polisi di dalam sistem ejen yang diberikan kepada perunding takaful. Boleh dilihat di atas di mana caruman telah diberikan NCD, dan caruman pemegang polisi menjadi rendah selepas diskaun.

CONTOH BIL HOSPITAL 

Di bawah adalah dua contoh bil hospital milik klien saya yang telah dimasukkan ke hospital KPJ Klang.

Contoh 1:

 billbill1bill2

JUMLAH BIL RM7346.80
JUMLAH DIBAYAR KLIEN RM68.63
JUMLAH DIBAYAR MAA TAKAFUL  RM7278.17

 

 

 

 

*Admin / Registration fee, ID Band & Atomic Enema tidak termasuk di dalam senarai yang dilindungi di bawah pelan Medica 2015

Contoh 2:

bil 3

bill4

bill5

JUMLAH BIL RM22,026.05
JUMLAH DIBAYAR KLIEN RM90.33
JUMLAH DIBAYAR MAA TAKAFUL  RM21,935.72

 

 

 

 

*Admin / Registration fee, ID Band, Urine Pregnancy Test & Lorazepam tidak termasuk di dalam senarai yang dilindungi di bawah pelan Medica 2015

SENARAI HOSPITAL PANEL

864

TESTIMONI

Antara testimoni pelanggan saya:

testimoni


Hubungi saya SEGERA untuk mendapatkan sebut harga dan sesi rundingan PERCUMA untuk anda dan keluarga anda.

Saya tidak pasti berapa lama pihak MAA Takaful akan kekalkan pelan MEDICA 2015. Bertindak SEGERA sebelum pelan ini digantikan dengan pelan yang lebih mahal!

Pendaftaran dan bayaran boleh dilakukan secara online. Jadi, pendaftaran pelan MEDICA 2015 diterima untuk seluruh Malaysia. 

Saya boleh dihubungi di talian 019-3781629 (SMS/WHATSAAP/CALL) atau emel saya ahmadazizi.zulkefli@gmail.com

TERIMA KASIH.

HEADER

233 Replies to “Kad Perubatan (MEDICA 2015 Medical Card) MAA Takaful”

  1. Memang berbaloi-baloi dgn medical card MAA Takaful ni. Sape2 yg belum ada mehla join. Kalau dah ada pun, jom bertukar kepada medical card yg tiada ko-takaful. Jimat, tak perlu keluar duit lagi.

  2. Rasanya perbezaan paling ketara adalah had tertinggi seumur hidup. Had seumur hidup tertinggi Takaful Ikhlas RM400,000, MAA Takaful RM600,000. Takaful ikhlas, medical card boleh diperbaharui sampai umur 70 tahun tapi MAA Takaful sampai 80 tahun. Medical card MAA Takaful ada khairat kematian RM5000, tapi medical card Takaful IKhlas takda. Rasanya medical card Takaful Ikhlas agak mahal sedikit bagi orang yg berumur 20 tahun ke atas berbanding MAA Takaful. Jadi Cik Zahida boleh pilih sape yg best.

  3. saya takde medical card lagi. tapi agent insurans selalu promote kate medical card mereka terbagus. orang cakap etiqa lambat dapat claim. prubsn takaful tak tau pulak. yang selalu dengar takaful ikhlas medical card mahal dan tak banyak kelebihan kepada kita. anyway, thanks for sharing.
    .-= zahida´s last blog ..Yes, sudah pindah rumah baru =-.

  4. Semua agent takaful atau insurans akan kata medical card mereka yg terbagus, biasala tu, ayat2 untuk pujuk customer. Cuma persoalannya terbagus dari segi apa. Medical Card Etiqa Takaful dan PruBSN Takaful ada ko-takaful 10%. Peserta kena bayar 10% dari jumlah bil perubatan yg dikenakan. MAA Takaful takda ko-takaful, bil perubatan ditangung 100%

  5. Betul, medical card penting pada saat2 genting. Ada kalanya hospital kerajaan tak mampu nak menampung jumlah pesakit yg dah semakin ramai. Alternatifnya hospital swasta. Cuma hospital swasta ni perlu duitla. Kalau ada medical card, duit dah tak jadi soal lagi untuk dapatkan rawatan segera dan terbaik.

  6. alhamdulillah, terima kasih kepada saudara azizi zulkefli diatas penerangan yang begitu firm. orang sebeginilah/agen beginilah yang harus kita cari…penerangan ada kualiti…SEMOGA SAUDARA BERJAYA

  7. Assalam,

    Suami saya bercadang nak ambik MAA smart medic ni untuk anak2, cuma saya nak tanya kalau untuk kami berdua saya isteri 31 dan suami 37 ada harapan ke nak dapat cover insuran ni, memandangkan suami ada darah tinggi, cuma tak merokok. Saya alhamdulillah setakat ni tiada masalah.Adakah procedure untuk dptkan coverage susah bagi suami khususnya?

    Terimakasih.

  8. As-salam,

    Saya dan suami memang sedang mencari2 medic card yg tbaik dan sesuai dgn kemampuan kami. kami mempunyai 2 orang anak busia 2-4 thn dan kami berusia 32 thn. adakah plan medic card utk keluarga & mana yang lagi baik individual atau keluarga. untuk pengetahuan kami semua telah memiliki life insurance. TQ

  9. Salam,

    Untuk makluman, buat masa ini semua pengendali takaful di Malaysia tidak menawarkan pakej medical card untuk keluarga, medical card ditawarkan mengikut individu. Di Malaysia, hanya MAA Takaful sahaja yg menawarkan medical card stand alone dgn kemudahan byrn bulanan, yg mana tidak perlu digabungkan dgn pelan takaful hayat (Life Takaful).

    Adalah lebih baik sebenarnya memiliki secara individu kerana kita punya pilihan untuk membatalkan mana2 polisi yg tidak diperlukan lagi. Sbg contoh, jika anak sudah dewasa, sudah tentu dia ingin memiliki polisi sendiri, maka polisi medical card yg dicarum ibu/bapa boleh dibatalkan. Jika ambil pakej, terpaksa bayar jgk utk pakej walaupun anak dak ambik polisi sendiri

    Bagi anak puan yg berumur 2-4 tahun, sumbangan untuk medical card adalah RM56 sebulan (Had tahunan RM50,000). Manakala untuk puan dan suami berumur 32 tahun, RM67 sebulan (had tahunan RM100,00). Ini bermakna jumlah caruman medical card untuk seluruh keluarga puan ialah RM246 sebulan.

  10. salam,
    cuma nak kepastian. Kenapa medical card hanya utk indiv? ada tak medical card yang boleh cover untuk semua anak… especialy utk yang mcm sy ade 5 org anak…. kalau nak amik stp org.. minimum 5 x 50 = 250 sebulan dah, tapi tak tahu mana satu anak yg benar2 perlu. Saya keja gomen, setakapt ni tak pernah ada medic card.

  11. Salam,

    Setakat ni produk2 bawah takaful mmg takde menawarkan pelan medical card untuk keluarga. Kenapa? Itu sy tak tau sbb kelulusan untuk produk2 takaful bergantung kepada Bank Negara Malaysia.

    Tetapi kalau di bawah insurans konvensional, syrkt AIA kalau tak silap ada tawarkan medical card untuk famili. Tapi yg ni tak ikut syariah sbb produk konvensional.

  12. salam,

    saya agen maa takaful cawangan alor star..bwh mc encik yahaya…emm…tak ada soalan nak aju…tp update selalu ye blog..mungkin jawapan encik..blh bantu saya if saya hadapi masalah dgn klien yg aju soalan yg sama.thanks 🙂

  13. Sama2, kita sesama ejen MAA Takaful harus saling membantu kan. Insyaallah, sy akan cuba update blog ni sekerap mungkin.

  14. salam….
    saya berumur 37 dan wife 33 tahun… anak 3 org 2 hingga 6 tahun, keja gomen dan tidak merokok.
    boleh tak quote utk saya premium…
    ok thanks

  15. Salam,
    Sila quote utk saya Pelan 1 (MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100)

    Isteri, tahun depan 34 tahun (tidak merokok)

    Anak lelaki, tahun depan 3 tahun.

    Boleh ke bayaran bulanan dari bulan pertama hingga seterusnya dibuat melalui kad kredit? Office di mana?

    URGENT

  16. En.Azizi…saya akan berumur 44 tahun dan wife saya akan berumur 41 tahun..both next birthday la ni…ada 3 orang anak perempuan berumur antara 6 hingga 12 tahun…..saya sedang mencari Medical Card utk ‘satu family’ dimana saya sebagai payor dan dengan sekeping kad boleh diguna oleh isteri saya ketika ketiadaan saya disisi bagi tujuan kemasukan kemana-mana panel hospital secara ‘cashless admission’…sebab kadang2 hospital mintak deposit dulu baru boleh admit…..kalau boleh bagitahu sekali berapa anggaran premium setahun.

  17. Salam,
    saya berumur 40 tahun dan berat 130kg, tinggi 170cm. Sekarang memgambil ubat darah tinggi dan tidak merokok. Untuk mencarum kad perubatan ini adakan saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan adakah kadarnya bayaran lebih tinggi daripada yang normal.

    Sekian, terima kasih

  18. 1. Saya 31 thn, merokok.. xpernah masuk wad mane2 hospital (xde penyakit setakat ini)..Plz quote utk saya premium terbaik..tq
    2. (Pelan takaful anda tidak akan lengkap jika sekiranya anda hanya memiliki kad perubatan tanpa mengambil pelan takaful hayat). Soalan: jika ambil Kad perubatan biasa shj covered x jika saya xcident dan masuk icu & wad 30hari?
    3. Semua kad perubatan company insurans sama ke asingkan faedah kad perubatan dan pampasan kematian/kemalangan?
    4. Adakah kad perubatan MAA covered rawatan pesakit luat di klinik swasta / panel hospital?
    5. Isteri saya ambil Pru Biasa 8bln..boleh tahu bagaimana nak stop dgn company tu? boleh berikan perbandingan antara Pru, Prubsn dan MAA…

    setakat ini MAA yg terbaik in web!!! TQ

  19. Terima kasih kepada semua pelawat yg sudi menjadi pelanggan saya dan menjadi pemegang polisi MAA Takaful. Anda semua telah memilih produk yg tepat dan dapat memenuhi keperluan perlindungan anda.

  20. Saya berumur 30 tahun tidak mengalami sebarang penyakit kritikal begitu juga dengan anak perempuan saya berumur 8 tahun mempunyai kesihatan yang sempurna , alhamdulilah.

    Sebagai persediaan , saya ingin mendapatkan kad medical seperti ini.oleh sediakan quotation untuk saya dan anak perempuan saya ini.

    Sekiranya saya atau anak perempuan saya ingin mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital swasta adakah ianya ditanggug sepenuhnya ? bagaimana degan kos diagnosis yag dilakukan seagai contoh ujian darah , x-ray , scan…

    Minta jwp persoalan saya ini

  21. Perlu kan penjelasan. Jika saya dah sakit dan guna medical card ni, adakah ada jaminan boleh renew untuk tahun berikutnya?

  22. maksudnya maa takaful xde plan utk famili la ye….

    sy mmg takde med cd ni, tlg htr proposal bole…

    sy 32, ank2 8, 7, 5 dan hsbd 50

    bagaimana pula klu sy ni berat 130kg, tinggi 172cm tp so far alhamdulillah takde drh tggi, kencing manis

    tq

  23. Kepada mereka yg berminat untuk mengambil medical card dgn MAA Takaful tetapi pernah ada rekod masuk hospital disebabkan penyakit yg bukan kritikal dan penyakit tersebut sudah sembuh, masih boleh lagi mohon untuk medical card. Tetapi pihak MAA Takaful ada kemungkinan akan minta buat medical check up. Kos untuk medical check up akan ditanggung oleh pihak MAA Takaful.

    Bagi yg ada darah tinggi tapi masih di peringkat awal, masih juga boleh mohon. Anda juga mungkin akan diminta buat medical check up.

    Semua medical check up akan dilakukan di klinik panel MAA Takaful dan kos akan ditanggung.

    Sekian untuk makluman. Terima kasih kpd semua client sy yg telah membuat permohonan medical card melalui saya.

  24. Salam Tuan,

    Saya ingin bertanya, ada tak produk MAA takaful yang mana caruman premium (e.g smart medic 100….etc) akan dikira sebagai sebahagian daripada pelaburan, yg mana sejumlah pulangan akan dikembalikan apabila cukup tempoh.TQ

  25. Salam,

    Ada tuan. Produk takaful berkaitan pelaburan ni dinamakan MAA Takafulink. Produk ni dah menang anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang 2009 & 2010.

    Pelan MAA Takafulink ni menawarkan manfaat pelaburan, simpanan dan perlindungan di dalam satu pelan. Tuan boleh mendapat keuntungan dan simpanan beserta perlindungan dari pelan ini. Keunikkan pelan ini berbanding produk2 takaful atau insurans yg ada di pasaran ialah pengeluaran wang yang tidak perlu menunggu tempoh matang. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan pengeluaran minima RM500 dan meninggalkan baki minima di dalam akaun sebanyak RM1000. Ini bermakna jika akaun pelaburan telah mempunyai baki sebanyak RM2000, RM1000 bolehlah dikeluarkan dengan meninggalkan baki RM1000.00. Keuntungan pelaburan yang dicatatkan pada tahun lepas ialah RM12%.

    Pelan MAA Takafulink ini juga boleh digabungkan dengan pelan medical card dan boleh dijadikan sebagai simpanan untuk haji dan pelan simpanan untuk pengarah syarikat.

    Di bawah adalah contoh2 pelan MAA Takafulink

    MAA TAKAFULINK SIMPANAN HAJI
    MAA TAKAFULINK WANITA
    MAA TAKAFULINK DIRECTOR PROVIDENT FUND

    CONTOH-CONTOH PELAN MAA TAKAFULINK

    Terima kasih

    1. Mana-mana medical card dalam dunia ni mmg tak cover kes2 mengandung atau bersalin. Tapi, kalau puan ambil pakej Takafulink Wanita, ada perlindungan untuk komplikasi kehamilan.

  26. saya berumur 32tahun..ibu kepada 3 anak..setakat nie tiada masalah kesihatan cuma pernah bengkak tonsil yang tak serius..adakah saya layak?? Dan berapa premiumnyer??Adakah tonsil saya dianggap penyakit sedia ada dan tak layak dilindungi??
    Kena buat medical check up tak??

  27. Kalu amik maa takaful smart medic nie bayaran tahunan bertambah ikut umur ye? kalau budget RM200 sebulan dan nak tiga2 (simpanan, pelaburan, perlindungan) apa yang dicover? saya umur 26 tak merokok tapi ada asma masa kecil.

  28. assalamualaikum..tahniah kpda semua ejen2 yg bersemangat mempromosi produk..sy ada sedikit persoalan menngenai takaful..seprti yg sedia maklum medic card maa takful lbh murah berbnding takaful lain..sy tdk faham bahagian pembyran smart medic yg bertambh ikut umur.boelh tolg jelaskan.adakah ini bermksud not fixed byaran dia..satu lg kwn2 saya menjadi ejen berbagai syarikat takaful n sibuk mempromosi seperti MAA,etiqa, pru bsn dan ikhlas..soalan sy apa beza management maa insurance n maa takaful?.tqvm

  29. Promosi Takaful Aidilfitri!!

    Daftar mana2 pelan Takafulink @ medical card dari 29 Ogos – 8 September 2010, anda layak untuk dapat diskaun 15% untuk 2 bulan caruman.

    Cth: Jumlah caruman 2 bulan RM100, anda hanya perlu bayar RM85 shj, jimat RM15!!

    Hubungi sy skrg!

  30. En. Azizi,

    Mintak quotation utk maa smart medic:
    Suami-47 tahun
    Saya- 42 tahun
    Anak- 4 orang- 13,8,5,3 tahun

    Semua tiada penyakit berbahaya.

    Terima Kasih.

  31. boleh tak nak ambik medical card dan elaun harian hospital sahaja… Contoh masuk wad dapat 100/day.. takaful hayat tak perlu.. sebab dah ada dengan pengendali lain (etiQa)..

  32. Aiman:

    Tak boleh tuan, elaun hospital adalah manfaat tambahan yang ada dalam pelan Takafulink (takaful hayat). Kalau nak elaun hospital, kena ambil sekali dgn takaful hayat.

    Polisi Etiqa tuan takda bagi elaun hospital ke?

    P/s: Sy tak boleh emel ke emel tuan. Tendang balik.

  33. salam, encik maaf sy kurang arif tentang medic card ni, minta penjelasan ya,
    1) adakah MAA ni berlandaskan syariah?
    2) adakah pembayaran untuk medic card, setiap bulan kena bayar rm665 (mengikut pelan)? kalau suami isteri, berat juga tu..
    tq

    1. Kalau ambil medical shj tanpa pelan takafulink dan masuk hospital kerajaan, memang dapat elaun harian khas untuk hospital kerajaan.

      Tapi kalau ambil pelan lengkap mcm pelan Takafulink Wanita, tak kisahla masuk hospital swasta atau kerajaan, tetap akan dapat elaun hospital sama ada elaun hospital biasa atau akibat komplikasi kehamilan.

  34. salam. Saya kurang jelas tentang medic card ini. Boleh jelaskan dengan terperinci tak?? minta quatation untuk isteri (24thn), suami (30thn) dan anak (2thn).. harap mendapat jawapan awal.. Terima kasih..

  35. saya ingin bertanya,en mengatakan medic card ni stand alone tidak perlu memiliki pelan takaful lain tetapi di bawah website in juga en mengatakan tidak medic card tidak lengkap tanpa mengambil takafullink.mohon penjelasan.
    satu perkara lg adakah medic card ini dapat cover untuk pembedahan and implant seperti pembedahan tukar sendi lutut..

  36. Sy katakan tidak lengkap sbb kalau ambil medical card shj, tanpa ambil life takaful mcm takafulink, kalau meninggal dunia, tak dapat apa2 pampasan kematian sbb pampasan kematian ada bawah pelan life takaful.

    Kalau nk ambil medical card shj pun boleh tapi cover bil2 perubatan dan wad shjla.

    Medical card ni memang cover utk pembedahan, tak kira apa pembedahan pun asalkan masuk wad.

  37. thanks..blh tak en beri qoutation untuk medic card ibu saya berumur 46 tahun dan tidak mempunyai apa2 penyakit sekarang ini.birthday ibu saya 12/3/1964

  38. sekiranya baru 6 bulan saya mengambil insurans ini, sy disahkan mengidap endometriosis, adakah pihak ins akan cover kos pembedahan? kerana ada yg mengatakan bahawa perlu menggunakan wang sendiri terlebih dahulu dan claim kemudian kerana belum cukup setahun mengambil insurans ini.

    1. Linda: kalau demam tu memerlukan rawatan dalam wad, boleh guna medical card ni. Yg penting kena masuk wad.

      Liza: Untuk medical card, tempoh menunggu untuk penyakit2 kritikal tertentu adalah 120 hari. Selepas 120 hari, medical card akan cover semua penyakit. Tak perlu keluar duit dulu atau tunggu sampai setahun.

  39. BOLEH SY BERTANYA?BERAPA KOS JIKA SAYA NAK AMBIL PELAN CARD PERUBATAN DAN PELAN LIFE TAKAFUL.NAMA MAHATHIR BIN MOHAMAD TAJUDIN.TARIKH LAHIR 26/03/1977.DAN APA BENEFIT YANG SAYA DAPAT.UNTUK MAKLUM SAYA TIDAK MEROKOK DAN TIADA APA2 PENYAKIT LAGI.UNTUK SIMPANAN BERAPA % KEUNTUNGAN SETAHUN?TQ

  40. Saya bercadang nak ambil utk wife saya, berumur 32 thn.
    boleh berikan quotation utk stand alone card
    dan quotation yg lengkap dgn life skali.

    saya ada jumpa beberapa agent lain sblm ni, kini saya dalam proses penilaian.
    nak tanya sikit, mmg MAA tak ada  co takaful ker ?? wow
    kalau tukar wad dari yang kita entitle camna plak ada charge2 tersembunyi tak ?
    kalau dah claim effect tak pada saving kita?
    harga permium neningkat sejajar dgn umur tak ?

  41. salam.saya ada soalan sket. kalau saya amek medical card sahaja, rm55 yg saya bayar tiap2 bulan tu akan burn ke?ke akan terkumpul sampai satu waktu saya akan dpt balik sebahagian drpd jumlah tu? dan apa akan jd sekiranya tiba2 saya stop byr caruman tu? TQ.

  42. Kalau ambil medical card sahaja, bayaran yang dibayar to memang consider burn kalau takda buat apa2 claim. Kalau stop bayar polisi akan ditamatkan dan takda sebarang pulangan atau nilai simpanan akan diberikan. Kalau nak yg ada simpanan, ambil sekali dengan pelan takafulink.

  43. salam. suami umur 51 thn oct ni. nak ambik medical card premium pling minimum berapa. pas tu nak tnya insuran life yang cover kematian dan kecactan kekal etc. paling  murah berapa. husbnd merokok. kerja lori driver. tiada sebarang sakit bahaya. tadi tngahari saya ada cal tuan. harap balas segera. terima kasih

  44. nak tny. kalau kita meninggal, xdpt pampasan ke pada kelurga? kalau kita lumpuh?? let say kita ni sihat, xde masuk hospital.. simpanan mcm mana? 

  45. Kalau ambil medical card sahaja tanpa pelan takaful hayat, ada khairat kematian RM5000 yang akan diserahkan kepada waris kalau meninggal. Cuma simpanan memang takda kalau ambil medical card sahaja.

    Kalau nak sekali dengan pampasan dan simpanan, ambil pelan takaful hayat dan medical card sekali mcm pelan Takafulink Wanita yg saya letak kat atas. Kalau ambil pelan Takafulink Wanita tu, semua manfaat dapat termasuklah medical card, pempasan kematian, HUK dan sebagainya.

  46. Salam. Kalau ambil medical card dan takaful hayat, adakah bayaran untuk medical card dikira sebagai simpanan juga? Maksud saya, kalau medical card jarang digunakan (atau guna untuk jumlah sedikit sahaja), adakah sebahagian bayaran untuk medical card itu akan dikira sebgai simpanan dan dikembalikan?

  47. Bahagian medical card memang takda simpanan dan takkan dikembalikan kalau tak pernah guna. Hanya bahagian takaful hayat atau takafulink sahaja yang ada nilai simpanan

    1. Kalau ambil medical card sahaja tak dpt apa2 tapi kalau terminate Takafulink yg ada medical card, akan dapat nilai yang ada dalam akaun simpanan.

  48. Assalam…En. Azizi,

    Mintak quotation utk maa takafulink:
    Anak 1 – 7 tahun
    Anak 2 – 3 tahun
    Semua tiada penyakit berbahaya…insyaAllah.

    TQ.

    Terima Kasih.

  49. Salam,

    Saya ingin bertanya mengenai simpanan selepas umur 65 tahun dalam Takafulink Wanita, sekiranya kita pernah claim medical card adakah ia menggangu nilai simpanan kita?

    Boleh kah En berikan contoh kiraan jumlah ko takaful yang perlu saya bayar sekiranya saya kena tukar bilik daripada RM150 (pelan 1) ke bilik RM200 (pelan 2)?
    Perkataan ini saya ambil drp brosur Smart medic 100 mengenai ko takaful 10%
    ” Orang yang dilindungi hendaklah menanggung 10% drp jumlah manfaat yang lain yang telah diterangkan dalam jadual faedah bagi setiap tuntutan”

    Soalan saya: Saya perlu tanggung 10% daripada yang dicaj atau 10% drp jumlah perbezaan manfaat pelan 1 ke pelan 2 shj?

    Terima kasih

  50. Salam,
    Kalau ada buat apa-apa claim medical card takkan beri kesan kepada simpanan.
    Dalam isu ko-takaful, ada dua situasi.
    Situasi pertama, kalau puan maklumkan kepada pihak MAA Takaful yang puan upgrade bilik, ko-takaful takkan dikenakan dan puan hanya perlu bayar beza harga bilik. Puan boleh maklumkan sendiri atau minta ejen yang bagitau. Sbg contoh puan layak bilik ZRM150 tapi puan tukar ke bilik RM200. Jadi puan hanya bayar RM50 x jumlah hari yg puan masuk wad.
    Situasi kedua, kalau puan tak maklumkan yg puan upgrade bilik, puan perlu bayar ko-takaful 10% dari jumlah bil + beza harga bilik. Kalau bil RM3000 puan kena, puan kena bayar RM300. Tapi puan boleh claim balik berapa puan dah bayar untuk ko-takaful dengan bagi resit original kpd pihak maa atau ejen, nanti puan akan dapat balik ko-takaful yg puan bayar tu. Tapi bayaran beza harga bilik tetap kena bayar dan tak boleh claim

  51. saya dah ada medical card maa ni, saya ambil pada 28/12/2010. jadi boleh ke saya gunakan kad tersebut serta merta,  dari segi apa kegunaannya , adakah sakit deman dll sebab agen kata kena joint setahun dulu baru boleh guna. apa yang saya tahu cuma kemalangan sahaja boleh guna serta merta

  52. Kalau kes kemalangan akan cover serta merta, tetapi penyakit2 lain kena tunggu selepas 30 hari dari tarikh kelulusan dan penyakit2 khas macam kanser 120 hari dari tarikh kelulusan.

    1. Saya pun tak pernah dgr tuan pasal ni. Yg saya tahu produk SmartMedic ni akan dinaiktaraf dari segi manfaat untuk menggantikan manfaat sedia ada.

  53. tolong kirakan saya punya quotation:

    umur 44 tahun, mampu untuk bayaran sekitar below rm100 p/month.

    bagilah beberapa option,
    anak2 dah ada medical card, kalau nak jadi agen MAA Takaful bagaimana caranya?

    my phone no: 013-321 3451 

  54. Tuan kwn sy pernah membuat pembedahan harian di hospital swasta dan doktor mengatakan tidak perlu duduk wad. Adakah smart medic cover pembedahan harian? Selain itu kalau sebelum ni kita pernah mendapat rawatan pembedahan penyakit batu karang, masih bolehkah memohon mendapatkan kad medic ni. T.kasih.

    1. Kalau tak masuk wad memang tak cover tuan. Kalau dah pernah dapatkan rawatan sebab batu karang masih lagi boleh apply, cuma MAA Takaful akan minta medical report dan kalau report menunjukkan batu karang masih serius, kemungkinan permohonan ditolak atau diterima tapi penyakit batu karang tak cover.

  55. Terima Kasih Maa Smart Medic 100.anak saya dimasukkan ke hospital swasta selama 4hari 3malam baru2 ni kerana asma.tp tak tak payah bayar sesen pun.ada medical card smart medic 100 memang berbaloi-baloi.

    1. Tahniah tuan kerana memilih produk yg terbaik. Semoga tuan sekeluarga mendapat manfaat dari pelan takaful MAA Takaful

  56. Salam tuan agen,

    Saya nak tanya ada tak plan medic card utk warga emas? Ini utk ibu bapa saya..kedua-duanya pernah masuk hospital tapi bukan sebab penyakit serius tetapi kemalangan.

  57. salam. Saya kurang jelas tentang medic card ini (smart medic 100). Boleh jelaskan dengan terperinci tak?? minta quatation untuk isteri (29thn), suami (34thn) ,anak (3thn) dan anak (9bln).. harap mendapat jawapan awal.. Terima kasih..

  58. Salam, Saya berumur 38 tahun, dah ada perlindunga insrance dengan MAA selama 10 tahun tetapi belum ada medial card, Sedang mencari. tetapi saya ada darah tinggi yang terkawal. adakah saya layak untuk memhon?

  59. Saya sudah mempunyai medical card bersama keluarga (CIMB aviva) tapi cover skit je dalam 40k setahun. kalau saya ambil MAA dalam 50 k, bolehkah ia membantu menampung bil hospital ? Kiranya saya pakai kedua-dua medical card itu serentak, sekiranya bil hospital melebihi 50k.

  60. salam. Minta quatation untuk isteri (29thn), suami (34thn) ,anak (3thn) dan anak (9bln).. harap mendapat jawapan awal.. Terima kasih..

  61. saya menyampuk boleh? kalau dah ada medical card annual limit 40 K ..kala nak ambik satu lagi pelan tak ada masalah..contoh kalaukena operate jantung total bil Rm80 k so boleh claim daripada medical card satu lagi…kelemaham kalau ambik medicalcard keluarga adalah sekiranya policy owner meninggal perlindungan semua dependent akan terbatal dan sekiranya sudah ada penyakit kritikal ketika sukar utk dapatkan permohonan polisi peribadi dari syarikat takaful/insurance

  62. currently, saya n family dah ada medical card. Kalau nak switch ke smart medic100 perlu ke waiting period 120hari. (medical card sekarang cover lebih banyak but..mahall lahhh)

  63. boleh bagi quotation untuk sy umur 25 dan kalau sy nk ambil untuk ibu (48) ad darah tinggi dan bapa (54) tiada penyakit…
    terima kasih

  64. Assalamualaikum…

    1 Adakah bayaran premium bulanan akan meningkat mengikut umur setiap tahun?

    2. Apakah perbezaan antara MAA takaful n PRU BSN? (detail skit blh)

    3. Cuba quotekan(medical shj-minimum) utk saya(34 thn), isteri (34), anak1(6), anak2(4), anak 3(1).

  65. salam, en. azizi, tlg quotekan medical card dan takaful link untuk saya 38 tahun, suami 38 tahun, pernah ada kompilasi darah tinggi tapi terkawal sekarang, anak perempuan 3 orang, 6 tahun, 3 tahun dan 5 bulan. untuk anak kalau diambil sekali dengan pendidikan macam mana? tq

  66. Salam. Kalau sekarang saya 35thn kena byr RM633 setahun. Bila umur meningkat ke 40, jumlah bayaran menjadi RM874 setahun (plan 1). Betul tak.? Terima Kasih.

    1. Betul tuan kalau tuan ambil medical card sahaja. Kalau nak elakkan kenaikan, ambil sekali dengan pelan Takafulink.

  67. Salam, saya pengguna medic card MAA smart medic satu family ambik. Anak saya bronchitis tahun ini tabu ke 3 masuk ward. Memang xpyh bayar apa2. Only tahun ni kena byr 10% co takaful sbb ambk bilik lebih

  68. Salam En. Azizi.
    Saya masih mencari insurans takaful yang bersesuaian dengan saya dan suami saya.
    Umur saya 32 dan suami 37 tahun. 
    Tiada masalah kesihatan setakat ini. Insya Allah. Cuma saya tak paham perlu ke saya amik smart medic dan takaful wanita? Kalau amik pelan smart medic dan takaful hayat, berapakah jumlah premium yang pelu saya bayar? Dan pelukah saya pilih individu takaful atau keluarga?
    Terima kasih:)

  69. salam,
    saya berumur 26 tahun,tiada masalah kesihatan,tidak merokok.

    berapa bayaran bulanan yg agak rendah saya boleh dapat.Kalau dalam bawah rm 100. sbb mgkn saya nak ambil sekali dgn bakal isteri saya,tapi berasinganlah.TQ

  70. Salam, saya tgh cari med card. betul ke med card maa ni byr bil 100% sebab agent takaful lain kata maa akan denda kalu kita masuk bilik mahal dan kalu doktor masuk lawat lebih dr sekali sehari pun sy kena denda byr lebih. satu lg agent kata maa akan caj ikut umur dan kena renew setiap tahun. tolong bgtau..tq

  71. Assalamualaikum.
    Saya 30 tahun.
    Saya sedang berjinak2 mencari medicalcard.
    Apa beza secara detail AIA , AIA AFG Takaful punya medical card vs MAA,MAA Takaful.

  72. Saya tgh survey medikal card sekarang ni. saya berumur 29 thn, tak merokok, kesihatan baik.jadi berapa premium yg saya kena bayar yer?

  73. salam, saya ada ambil insurans kelompok utk family. premium murah, cuma saya ragu2 kenapa ianya murah dan ada kelemahan2 lain atau perkara yg disembunyikan

  74. salam.saya nak tanya.boleh tak jika saya nak menyertai kad perubatan MAA sahaja?berapa bayaran bulanan untuk anak saya yang berumur 2 tahun?

  75. salam. menarik juga. tengah2 survey medical card dan cover life skali. pakej ni ade simpanan tak? kire safe and saving boleh tolong quote harge..sy umo 31, wife 33..anak 4 bulan..

  76. Salam saya nak tanya jika saya demam dan nak dapatkan rawatan ke hospital sebagai pesakit luar masih boleh gunakan medical card atau duduk wad baru boleh guna.dan adakah 100 % tak dikenakan apa2 bayaran serta adakah semua penyakit di cover

  77. salam, berminat dgn medical card nie.. takaful hayat dah ada ngan prubsn.. sy dan wife umur 28, anak setahun.. tak merokok n kerja di pejabat sahaja.. boleh email plan yg bersesuain dan minima pembayaran bulanan/tahunan.. tqvm..

  78. Assalamualaikum, saya dah ade medical card MAA medicalife. Penah masuk hospital untuk kes gastrik & endometriosis. Misal kate kalau saya nak amik medical card 1 lagi dan nak amik smart medic 100 ni, adakah penyakit endometriosis dan gastrik tidak akn di cover oleh smart medic 100 ni? Dikira sebagai penyakit sedia ada lha kan?Terima kasih.

    1. Ya, dikira penyakit sedia ada sebab MAA Medicalife bukan produk MAA Takaful, ia produk MAA Assurance dan sekarang dah tukar jadi Zurich.

  79. tuan, saya bercadang utk sertai maa takaful, jadi mohon di beri quation:
    anak pertama 7 thn, anak ke-2 umur 4 tahun, anak ke-3 umur 9 bulan, 
    saya berumur 32 thn, isteri 32 tahun ,
    saya merokok,
    , BERAPA KOS BULANAN JIKA  PAKEJ ? DAN JIKA MEDICAL CARD SHJ..
    HARAP TUAN DPT BERI PENJELASAN.THANKS. 

  80. Assalamualaikum..
    boleh x encik beritahu perbezaan antara medic card ni dengan cuepacs care?? medic card ni hanya untuk individu tapi cuepacs care bleh utk satu keluarga dan lebih jimat… tapi saya masih tidak pasti untuk ambil pelan yang mana satu untuk saya dan anak yang berumur 4 bulan… tq..

    1. Salam,

      Medic card cuepacs care setahu saya had tahunan dia rendah dan satu keluarga berkongsi had yang sama. Memang murah, cuma bila salah seorang ahli keluarga dan buat claim besar, ahli keluarga yang lain dah tak boleh pakai kalau had dah habis. Lagi satu saya pernah tengok broshur pelan ni, ada had untuk lawatan doktor pakar. Kalau doktor pakar buat lawatan lebih sekali, lawatan yang kedua dan selebihnya kena bayar sendiri. Ini setakat yang saya tahula. Kalau tanya saya, baik ambil kad individu sebab masing-masing ada had penggunaan sendiri, tak berkongsi.

  81. sy nk tahu tntang pelan medical card beserta dgn education plan untuk anak berumur 2 tahun.sy berumur 30 tahun dan suami 29 tahun..Plan yg lebih sesuai family plan or perseorangan..

  82. saya berumur 33, suami 40, anak 10thn, 8thn, 4thn n 1thn,semua dah buat ins tapi tiada med card.saya tiada penyakit tetapi suami ada tiroid. boleh tahu anggaran utk medical card stand-alone.tq

  83. mana lebih elok benefit.samaada stand alone dengan pendidikan 100rm atau Pendidikan RM130 (include Medic Card). Sila terang. Pening ni…..

  84. salam.. sy nk tanya…sy de plan nk amik medical card . . n pakcik sy cdanga suh amik maa… tp serius.. sy x bpe nk paham lg pasal byran ni… sy thun ni umur 20 thun… bole details kn lg ke pasal mdic crd ni ? ='(

  85. salam cik..anak saya berumur 2 tahun dan pernah demam panas sehingga fits (tarik) tapi alhamdulillah takde ape2 effect (simple fitting sbb dia premature baby mase lahir) boleh ke saya apply kad ni? saya harap  cik dapat beri cadangan terbaik..tq

  86. salam, saya dah ambik pelan 1 medical card ni utk anak saya dah setahun lebih, saya nak tanya medical card ni cover tak kalau untuk rawatan pesakit luar. Medical card ni ada bagi contohnya bonus tak untuk pemegangny?

  87. Ingin mendapatkan medical card takaful untuk kedua ibubapa dan diri sendiri.

    Ingin mencari plan minimum yang dapat ditawarkan + pelan tambahan (sekiranya perlu) untuk membolehkan bayaran dibuat secara bulanan.

    Berikan juga maklumat sekiranya ada juga menawarkan pakej keluarga atau pasangan.

    Juga mohon penerangan kerana saya ada mendapat maklumat dari rakan  claim MAA Takaful adalah melalui proses pihak ketiga jadi ia akan menjadi lambat dan kadangkala sedikit rumit. Harap dapat di perjelaskan atau di perbetulkan.

    Maklumat tambahan,

    Saya,
    Umur : 28 – 8 okt 84
    Tiada sebarang penyakit
    Bekerja sektor swasta – pekerjaan risiko rendah
    Tidak merokok
    Ingin mencari pelan individu paling minimum kerana syarikt juga dh sediakan medical card pkerja

    Ibu,
    Umur 50 – 07 Mac 1962
    Kerja swasta sebagai eksekutif penilaian hartanah
    Tiada sebarang penyakit
    Tidak merokok

    Ayah,
    Umur : 57 – 05 Okt 1955
    Bersara skrg bekerja sndri (printing)
    Tiada sebarang pnyakit

    Utk ibubapa cadangkan juga pelan minima yg dpt ditawarkan – listkan juga dari plan minim ke sederhana

    Mohon maklum balas melalui email. Terima Kasih.

    1. Kalau ambil medical card sahaja, memang caruman tiada sebarang pulangan, tapi kalau ambil sekali dengan takafulink, ada pulangan dari pelan takafulink tersebut.

  88. salam …sebenrnya saya kurang jelas lagi dgn insuran ni..andai kata saya hendak abmbil insuran untuk anak saya yg berumur 5 tahun untuk pelan 2..berapakah sebenarnya caruman bulan2..dan bila anak saya dah besar berumur 25 tahun .saya hendak berhenti dari mencarum .adakah saya akan dapat kembali caruman saya sedikit.

  89. Salam,
    Saya nak ambil pelan takaful untuk anak2 saya yang berumur 7 tahun & 5 tahun.  Apa plan yang sesuai ye? Saya & suami sudah ada polisi insuran hayat. Harap dapat membantu.

  90. Salam,
    Boleh quotekan untuk keluarga saya:-
    – 1 orang dewasa 38 tahun
    – 1 orang dewasa 33 tahun
    Anak2 masing2 umur 8,5,3 tahun.
    Ambil plan SmartMedic Plan 1.
    TQ/

  91. Salam…
    Saya 48 tahun,
    Isteri 36 tahun,
    Anak 1 – 12 tahun
    Anak 2- 10 tahun
    Anak 3- 06 tahun
    Anak 4- 02 tahun
    Saya x merokok.Boleh quotekan plan terbaik untuk keluarga saya
    dengan premium yang berpatutun.
    RQ

  92. Setelah insuran nyawa telah samapi ke tempoh maturitinya, saya bercadang hendak ambil medik kad. Saya berumur 50 thn (30/6/13). Ada tak skim insuran ini berserta sekali dengan pelaburan, JIka ada berpakah jumlah yang berlu saya bayar untuk setahun.

  93. salam, sy nk tanya medical card stand alone, sy dh suami berumur 35 thn pd hrjadi akan dtg. kami berdua adalah government servant, mempunyai anak yg berumur 6 thn pd 23.1 ni, 8 ,9 dan 4 thn pd hr jdi akan dtg

  94. Salam, Boleh quote premium untuk pelan medikal kad + takaful hayat untuk suami. Umur suami 35, perokok, seorang mekanik.

  95. saya ingin bertanya tentang insurans bagi suami saya. dia tak merokok tapi ada sakit asthma. sekarang ada ambil pru bsn insurans tapi tak cover asthma. so plan k tukar insurans. So insurans apa yg sesuai dn bulanan berapa

  96. Saya merupakan penghidap TB pada 2009 dan disahkan bebas TB sehingga hari ini. Adakah sebarang plan yg boleh sy ambil mulai hari ini? 

  97. Assalamualaikum… sy nk tanye ade x plan utk medical card + saving? leh quote utk sy x? sy bujang lg…

  98. Saya nak ambil medical card untuk anak saya berumur 30 hari lebih…berapa senarai bayaran nya dan apa cadangan yang terbaik….kalau boleh saya pun nak sekali…umur saya 28 tahun…saya merokok tetapi bebas penyakit….

  99. Assalamualaikum…..
    Sy berumur 32 tahun masih bujang sy berminat dgn insurant encik.saya tgl di pekan pahang saya harap encik boleh bantu saya macamner cara sy untuk memohon dan sistem pembayaran macamner.kalau boleh saya nak tau ejen encik yg berhampiran dgn tempat saya.terima kasih saya harap mendapat kerjasama dr pihak encik.

  100. salam encik..saya ada darah tinggi bolehkah saya ambil medical card nie..jika boleh bape jumlah bayaran bulanannya untuk saya 32 thunn istri 31 thn…

  101. As salam tuan…Adik perempuan saya berumur 27 thn. Dia berminat utk ambil medical card & Takaful Hajj. Yg mana satu plan yg terendah yg sesuai utk dia samada standalone @ rider?

    Sekian Terima Kasih

    Wassalam

  102. salam tuan menarik juga ni.. tolong emel,whatsap ke 017-2838708 utk sebut harga medic card keluarga saya, saya dan isteri umur 30, anak 3 orang, 6thun,4tahun,dan 6 bulan. kalo boleh nak pulangan selepas tempoh matang dan ada insuran hayat sekali ya. terima kasih tuan…. doakan saya dapat insuran terbaik utk keluarga ya..

  103. salam. sy berumur 36 thn (8/9/78). Anak 6 thn(17.7.2008), 8 thn (30.04.2006) dan 9 thn (17.03.2005). Blh cadangkan kepada sy plan insuran unt sy n anak2. sy nk plan insuran yg ada medic card. tqvm

  104. aslamualaikum saudara. saya azhar jaafar berminat imengetahui palan medica2015 dan plan pendidikan anak. saya berumur 48 tahun , seorang perokok dan tidak mempunyai sebarang penyakit. saya berkerja sebagai polis dan anak saya berumur 6 bulan. Boleh kah saudara memberi sebut harga atau plan terbaik untuk saya dan anak…sekian terima kasih

  105. Assalamualaikum tuan,

    medical card utk satu family… yang boleh cover anak demam panas ke , asma atau pun semput kena masuk wad utk rawatan selanjutnya dan cover bagi ibu yg mengandung dan dimasukkan wad utk rawatan seperti tekanan darah tinggi, kencing kotor , potassium rendah ,hb rendah sebelum bersalin dan selepas bersalin

  106. Salam, saya berminat dgn plan family medical card
    saya berumur 44 tahun , berapa kos bulanan yang perlu saya bayar, keluarga saya ada seramai 3 orang.
    saya inginkan penjelasan yang detail kerana menurut kawan saya pemegang MAA medical card ada sesetengah charge hospital yang insuran tak cover.

    terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *