Rancang Kewangan Dari Sekarang

Saya selalu mendapat rungutan dari kawan-kawan dan juga bakal-bakal klien saya yang mereka tidak cukup duit. Ini terutama apabila saya meminta bayaran pendahuluan dua bulan untuk permohonan takaful. Pada hal gaji baru sahaja masuk beberapa hari yang lepas. Takkan dan takda duit? Nak minta seratus ringgit pun dah takda, jadinya terpaksa tangguh sampai gaji bulan depan. Kalau bulan depan sama juga, macam mana? Kalau tak sempat nak ambil takaful, tiba-tiba ditimpa musibah, tak sia-sia?

Ini senario yang biasa berlaku di dalam masyarakat kita. Pendapatan yang diterima tidak diuruskan dengan betul dan akhirnya bila kita benar-benar memerlukannya, ianya tiada. Dan pada masa inilah kita nak mengorek tabung simpanan, guna kad kredit tanpa kawalan atau membuat pinjaman yang tidak sepatutnya. Continue reading “Rancang Kewangan Dari Sekarang”

Buku: Rahsia Mengurus Insurans Hayat

Kepada yang masih lagi tercari-cari pelan takaful yang sesuai dengan keperluan anda, saya sarankan anda untuk membaca buku karangan Sunthara Segar berkenaan panduan mengurus insurans hayat. Walaupun buku ini secara umumnya berkisar kepada insurans, tetapi isi dan penerangannya juga sesuai untuk produk-produk takaful yang berada di pasaran. Ini kerana dari segi konsep dan produk, takaful dan insurans konvensional tidak banyak berbeza.

Buku ini akan memberi panduan dan tips bagaimana untuk memastikan pelan takaful atau insurans benar-benar memenuhi keperluan anda. Pengarang telah menerangkan bagaimana untuk mengira jumlah pendapatan kita yang harus dilindungi dan berapa jumlah perlindungan yang perlu kita miliki menerusi insurans atau takaful. Continue reading “Buku: Rahsia Mengurus Insurans Hayat”

Hieraki Pengurusan Kewangan

Di atas adalah contoh bagaimana kita menetapkan prioriti dalam pengurusan kewangan. Tiada sebarang paksaan untuk mengikut bulat-bulat apa yang ditunjukkan di atas kerana ia hanyalah sekadar panduan untuk kita lebih bijak dalam menguruskan kewangan kita.

Mungkin ada yang bertanya kenapa perlindungan berada di peringkat yang pertama dan bukannya simpanan di tempat yang pertama. Bukankah kita diajar untuk membuat simpanan atau menabung sejak dari kecil untuk kebaikan masa depan? Jawapan bagi persoalan-persoalan ini adalah Betul dan juga salah. Continue reading “Hieraki Pengurusan Kewangan”

Contoh Pelan MAA Takaful

Berikut adalah contoh-contoh pelan yang ditawarkan oleh MAA Takaful untuk rujukan anda yang bercadang untuk menyertai MAA Takaful. Pelan MAA Takaful menawarkan kadar pampasan yang tinggi bagi kematian dan hilang upaya kekal dengan caruman bulanan yang rendah.

Pelan 1

MAA Takafulink + Medical Card (RM130 sebulan) – Polisi Berasingan

Peserta: En.X
Umur: 25

Pecahan Pelan:

Caruman Takafulink:
RM75.00 sebulan
Manfaat Kematian: RM75,000
Manfaat Hilang Upaya Kekal: RM75,000
Manfaat Tambahan: i) Pelepasan Caruman Jika Mengidap 36 Penyakit Kritikal
ii) Tuntutan 36 penyakit kritikal RM20,000
iii) Elaun Harian Hospital RM100 sehari
Jangkaan Manfaat Pelaburan: RM44,692 (Pada umur 65 tahun dengan kadar keuntungan 8%)

Caruman Medical Card: RM55.00 sebulan
Pelan: 2
Had Tahunan: RM100,000
Had Seumur Hidup: RM300,000
Khairat Kematian: RM5000
Tiada Ko-Takaful 10% Continue reading “Contoh Pelan MAA Takaful”

Kad Perubatan (MEDICA 2015 Medical Card) MAA Takaful

HEADER

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nama saya Azizi Zulkefli, Perunding Takaful. Izinkan saya berkongsi dengan anda satu pelan kad perubatan mampu milik yang memberikan manfaat perlindungan TANPA HAD sepanjang hayat. Selain mampu milik, kad ini juga memberikan diskaun sebanyak 20% terhadap caruman semasa jika tiada sebarang tuntutan dibuat. Bukankah ini satu penjimatan? Maklumat lanjut terdapat dalam penerangan di bawah. Jika ada pertanyaan, boleh hubungi saya menerusi talian yang dipaparkan di atas.


Medica 2015

PENGENALAN

MEDICA 2015 merupakan pelan kad perubatan yang memberikan ketenangan kepada anda dan keluarga dengan memberikan perlindungan pembedahan dan manfaat hospital yang komprehensif apabila anda memerlukannya. Dengan kos perubatan yang meningkat saban hari, kad perubatan ini merupakan penyelesaian kepada masalah ini dan anda tidak lagi perlu meminta-minta untuk sumber kewangan bagi membiayai bil-bil perubatan anda.

TIADA KO-TAKAFUL, BIL HOSPITAL DITANGGUNG SEPENUHNYA

Kad perubatan MEDICA 2015 tidak mempunyai ko-takaful 10% . Ko-takaful bermaksud peserta takaful harus membayar 10% dari jumlah bil perubatan yang dikenakan. Sesetengah pengedali takaful di Malaysia mengenakan Ko-takaful ini pada kad perubatan mereka. Namun dengan MEDICA 2015, tiada ko-takaful dikenakan dan bil perubatan anda akan ditanggung sepenuhnya.

DISKAUN TANPA TUNTUTAN (NCD) SEBANYAK 20%

Jika tiada sebarang tuntutan dibuat selepas genap setahun, tahun berikutnya anda akan menikmati diskaun tanpa tuntutan sebanyak 20% terhadap caruman anda.

Continue reading “Kad Perubatan (MEDICA 2015 Medical Card) MAA Takaful”

Buku ‘Rancang Wang Dari Sekarang’ Oleh Pakdi

Takaful Oh Takaful

Telah agak lama saya tidak mengemaskini blog saya ni. Ini semua gara-gara menyiapkan laman blog ringkas produk-produk yang ditawarkan MAA Takaful Berhad. Sudah agak lama sebenarnya saya ingin menyiapkan laman ini namun disebabkan kekangan masa, rancangan saya ini sering terbantut.

Setelah siapnya laman blog ini, ia akan membantu sesiapa sahaja untuk mengetahui secara ringkas produk-produk MAA Takaful. Walaubagaimanapun, untuk penerangan lanjut tentang produk, temujanji tidak dapat dielakkan. Ini kerana banyak penerangan yang tidak mampu dizahirkan menerusi laman web. Cara konvensional menerusi temujanji adalah yang terbaik.

Mungkin ada yang tertanya bagaimana agaknya saya bermula sebagai perunding takaful dan kenapa memilih MAA Takaful?

Continue reading “Takaful Oh Takaful”

Simpanan Pendidikan Anak – Satu Perancangan

Sebagai seorang ibu atau bapa, pastinya kita menginginkan yang terbaik untuk mereka terutama dari segi pendidikan. Pendidikan adalah penentu kepada masa depan anak-anak bagi mendapat kehidupan yang baik dan sempurna.

Namun begitu, berapa ramaikah antara kita yang memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk tabungan pendidikan anak. Atau kita masih memiliki pemikiran mengharapkan belas ehsan kerajaan menerusi biasiswa atau pinjaman pendidikan. Harus diingat pada masa yang akan datang kerajaan tidak akan lagi dapat menampung permintaan untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman disebabkan kekurangan dana. Jadi pada masa hadapan, hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang akan dapat menikmati kemudahan biasiswa atau pinjaman ini. Continue reading “Simpanan Pendidikan Anak – Satu Perancangan”